multiple disabilities

Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan

Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah merekayang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalahpenglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapaterjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengahkeadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan.Menurut Edward & Yvonne (2007) pula, pelajar yang menghidapi kecacatan pelbagaimempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorangyang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorangyang menghadapi keccatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi keccatanpendengaran.Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatanyang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarelatertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana programpendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jeniskecacatan sahaja (Richard, 2003). Jadual 1.1 di bawah menunjukkan contoh-contoh kecacatanpelbagai

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak dikenalpastiberlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubunganseksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangankromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Iaberlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisioleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalamikecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empatpercantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisisifat cacat.Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ’autosomal dominant’, di manapewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanyamempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kalikandungan.

Pewarisan kedua,‘autosomal excessive’iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jikasalah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masihsebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibubapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlakusetiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkannormal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal jugamempunyai anak cacat (Mohd SharaniAhmad, 2009).

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s