masalah yang dihadapi

Kanak-kanak kecacatan pelbagai mempunyai pelbagai kombinasi kecacatan iaitu mengalamimasalah pertuturan, masalah mobiliti fizikal, masalah pembelajaran, terencat akal, masalahpendengaran, masalah penglihatan, kecederaan otak dan sebarang kemungkinan yang lain.Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai, mereka juga mempunyai deria rasa yangtidak berfungsi, masalah tingkah laku dan masalah sosial. Mereka juga mempunyai pelbagaikeistimewaan yang luar biasa yang akan mengubah tingkah laku mereka. Murid-murid inimungkin mempunyai kelemahan dalam proses pendengaran

(auditory processing)danmempunyai masalah pertuturan yang terbatas. (Byers, 2004)Byers (2004) berpendapat kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai akanmengalami kesukaran untuk mencapai dan mengingat kemahiran ataupun untuk memindahkankemahiran tersebut daripada satu situasi kepada situasi yang lain. Sokongan biasanyadiperlukan sekiranya berlaku di luar batasan di dalam bilik darjah. Bagi murid-murid yangmengalamicerebral palsy dan autism  

dan kecederaan otak, mereka seringkali mengalamiimplikasi perubatan dan juga terdapat banyak implikasi pendidikan bagi kanak-kanak ini. Matlamat yang diambil kira dalam pengajaran akademik hendaklah bersesuaian dengankeupayaan pembelajaran mereka. Keupayaan pembelajaran mereka dilihat dari sudut :

a.Kebolehan membaca dan menulis (Literacy )

Walaupun kebanyakan murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai tidak dapatmemperolehi kemahiran membaca dan menulis, tidak semestinya mereka tidak dapatmelibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Murid-murid mungkin boleh membaca dengan bantuanguru dan rakan sebaya serta dengan bantuan gambar bagi meningkatkan kefahaman mereka.(Alberto & Fredrick, 2000; Erickson & Koppenhaver, 1995)Sesetengah murid-murid yang mengalami kecacatan pelbagai, mereka mungkin bolehbelajar mengenali sesetengah huruf seperti huruf yang biasa dan kerap digunakan sepertinamanya dan perkataan kegemarannya (contoh : Loceng, TV dan bola). Murid-murid tersebut juga boleh gunakan gambar bagi membantu mereka mengenali perkataan dan mereka bolehmenulis perkataan berdasarkan gambar tersebut. Bagi murid yang mempunyai penglihatanyang terhad, objek atau bahagian objek tersebut boleh dilekatkan di dalam buku latihan merekabagi memudahkan pemahaman mereka semasa membaca buku. Selain itu juga, tulisantersebut boleh di buat dalam bentuk tulisan Braille (Downing, 2002; Lewis & Tolla, 2003) Walaubagaimanapun motivasi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran kemahiranmembaca dan menulis bagi murid-murid kecacatan pelbagai. Di samping itu juga, pembinaanaktiviti pembelajaran berdasarkan minat murid-murid juga adalah amat penting.

b.Bahasa lisan

(Oral Language) 

 Kesukaran komunikasi pertuturan dengan murid-murid kecacatan pelbagai adalah disebabkanoleh kognitif dan kecacatan fizikal. Murid-murid tidak boleh bergantung kepada pertuturan untukberkomunikasi ataupun pertuturan mereka adalah sukar untuk difahami. Mereka bolehmenggunakan sesetengah perkataan yang dapat difahami, terutamanya dalam kalangankeluarga dan kawan-kawan, tetapi kebanyakkan murid-murid akan menggunakan bentukkomunikasi bukan verbal. Contohnya ialah mimik muka (facial expression ), gerak badan (body gesture ), gambar (picture ) dan objek (object)(Beukelman & Mirenda, 1998; Downing, 1999).Penggunaan bahasa lisan yang mudah boleh membantu murid-murid kecacatanpelbagai memahami apa yang dituturkan oleh guru. Mereka mempunyai tahap kesukaran yangtinggi dalam proses memahami bahasa lisan. Mereka boleh memahami perkataan yangdituturkan, sekiranya guru, kawan-kawan atau pun keluarga memperkenalkan maklumat lisandengan perkataan dalam bentuk isyarat, gambar dan objek.

c.Matematik

Jika seorang guru ingin mengajar murid yang hanya boleh belajar kemahiran matematik yangasas, jadi apakah kemahiran yang perlu dititikberatkan? Kenapa? Sebab murid yangmempunyai kecacatan pelbagai menggambarkan kemahiran matematik itu dalam pelbagaicara. Sesetengah murid ini, belajar dengan cara mengenalpasti atau memadankan nombor.Mereka mungkin belajar melalui aktiviti seperti menggunakan alat bantuan mengajar.Kebanyakkan murid boleh belajar matematik apabila mereka boleh mengaplikasikan kemahirantersebut dalam kehidupan seharian dan itu juga berlaku kepada murid kecacatan pelbagai.Contohnya murid belajar mengenalpasti nombor dengan menggunakan kalkulator ataumelakukan langkah dalam membuat penomboran. Contoh lain yang berkaitan dengan wangseperti urusan jual beli. Sesetengah pelajar yang mengalami kecacatan pelbagai mungkin bolehbelajar mendail 911 ketika kecemasan, tetapi mungkin terdapat sesetengah pelajar tersebuttidak dapat mencapai kemahiran matematik ini, kerana mereka tidak dapat mengenalpastinombor di atas telefon tersebut. Kemahiran matematik yang mempunyai aplikasi secaralangsung dalam aktiviti seharian, boleh memberikan kesan yang baik ke atas kualiti hiduppelajar dan menjadi sebahagian daripada kurikulum yang bermakna (Westling & Fox, 2000dalam Heller, 2005)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s