pendidikan yang disarankan

a.Kurikulum secara individu dan bermakna

Kurikulum bermakna adalah sangat sesuai dibekalkan kepada setiap murid-murid yangmengalami kecacatan pelbagai kerana bersesuaian dengan minat, matlamat peribadi dan tahapuntuk mencapai matlamat tersebut. Walaubagaimanapun, kurikulum ini secara kronologinyamestilah bersesuaian dengan tahap umur dan tahap pembangunan latihan yang bersesuaian.Oleh itu, strategi dan aktiviti perlu dirancang dan direka untuk meningkatkan langkah-langkahpembelajaran murid-murid. Contohnya; murid yang berumur lima belas tahun mempunyaipengalaman dan belajar jenis permainan di tahap usia remaja bukan tahap murid-murid prasekolah, walaupun tahap kemahiran murid-murid tersebut adalah di tahap kanak-kanak prasekolah (Heller, 2005)

b.Membuat kurikulum teras yang bermakna

Murid-murid pelbagai kecacatan memerlukan kepada pengalaman kurikulum yang samadengan rakan yang tidak cacat yang lain. (Downing, 2002; Fisher & Frey, 2001). Tanpapendedahan tentang kurikulum, murid-murid ini tidak dapat belajar dengan baik dan tahapkebolehan mereka tidak dapat dikenalpasti. Bagi menentukan kurikulum yang bermakna dibinakepada murid-murid tersebut, kumpulan dan pengamal pendidikan khususnya dalampendidikan khas perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat dan objektif denganmenganalisis aktiviti kurikulum yang sesuai.

c.Pendekatan pendidikan kolaborasi (Kerjasama)

Kolaborasi merupakan satu pendekatan yang penting dalam pendidikan khas. Bagi murid yangmengalami kecacatan pelbagai, kolaborasi bersama keluarga dan ahli professional adalah amatpenting dan perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan terkini.

d.Penglibatan keluarga yang aktif

Perkara yang paling penting dalam program pendidikan biasanya melibatkan ahli keluarga.Keluarga merupakan orang yang penting dalam pembangunan program individu yang berkesankerana merekalah yang paling rapat dengan murid-murid tersebut dan mempunyai pengaruhyang besar terhadap tingkah laku mereka.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s