pengenalan

Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif.Keunikan dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa danguru. Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu ciriperbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanak-kanakpintar cerdas, kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalahpembelajaran atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai.Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan atau kecacatan pelbagaimerupakan tamparan hebat kepada ibu bapa dan keluarga dan ini merupakan satu cabaranyang sangat besar. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kecacatanmempunyai pola permasalahan yang berbeza daripada kanak-kanak yang hanya mempunyaisatu kecacatan. Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran memerlukanlebih perhatian oleh ibu bapa dan keluarga kerana ibu bapa perlu memahami masalah-masalahkhusus yang berkaitan dengan kanak-kanak kategori ini. Kanak-kanak yang mempunyaipelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya(Diane, Deborah & Brian, 2008). Menurut penyelidik-penyelidik ini lagi, kebanyakan negaramenetapkan bahawa kanak-kanak yang memiliki lebih dari satu kecacatan termasuk dalamkategori kanak-kanak pendidikan khas. Mereka mungkin berkeadaan lumpuh, kehilanganpendengaran dan disertai dengan buta atau gangguan penglihatan.Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai adalah mereka yang secaratradisinya dianggap kanak-kanak yang mempunyai masalah mental yang cukup berat di manamereka menghadapi kesulitan dalam pergerakan dan masalah dalam tingkah laku. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan secara berterusan, bagi menikmati kualiti hidup yang bagusdan selesa dalam bergaul dan berada di sekeliling kanak-kanak normal yang lain. Di Malaysia,perkhidmatan kepada kanak-kanak kurang upaya adalah tanggungjawab tiga kementerian iaituKementerian Kesihatan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat danKementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh duakementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakatmenyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacatfizikal teruk, kerencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakanoleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas di Malaysia adalah satuusaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensidiri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selarasdengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian PelajaranMalaysia). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas ini, kanak-kanak berkeperluan khasmempunyai pelbagai kecerdasan dan kebolehan yang pelbagai boleh dicungkil sekiranya dapatdipupuk dan diperkembangkan ke arah kecemerlangan individu yang optimum. Lantaran iamerupakan aset yang dapat menyumbangkan dalam kemajuan masyarakat dan tidak hanyadilihat sebagai liabiliti sahaja. Dengan menyatakan bahawa pendidikan khas dapat melahirkaninsan yang berkemahiran, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedaripotensi diri, justeru persamaan peluang pendidikan dapat dicapai dengan membolehkan setiapmurid mengembangkan kapasitinya sendiri dan memaksimukan potensinya. Oleh sebab itu,dalam program pendidikan bersepadu, pengenalan kepada kanak-kanak yang mempunyaikecacatan pelbagai adalah penting.Walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza, semua kanak-kanak berhakmendapat pendidikan dan hak ini termaktub dalam beberapa perisytiharan antarabangsaantaranya, Deklarasi Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu Mengenai Hak kanak-kanak 1989dan

‘The 

 

Proclamation on the full participation and equality of persons with disabilities 

1994).Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengira kaum, latar belakang sosial,ataupun perkembangan intelek mereka. Ini termasuk keperluan pendidikan patut diberikankepada kanak-kanak yang menghidapi kecacatan yang pelbagai. Keperluan untuk memberipendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosialyang penting dalam masyarakat (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s