Pengenalan

Sebagai seorang pelajar beragama Islam, setiap perkara yang terdapat dalam Islam
 perlu diselami dan diterokai agar segala ilmu yang diperolehi dalam kehidupan dunia dapatdibezakan dari sudut kebenaran yang telah dijelaskan dalam al-Quran. Islam telah memberi jalan kepada umatnya untuk mengikuti dan mematuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalamIslam. Poligami merupakan antara salah satu isu yang menjadi yang selalu dibangkitkan dalammasyarakat sekarang. Oleh itu, timbul minat dalam diri saya untuk mendalami poligami menurutIslam. Saya percaya setiap perkara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T adalah untuk kebaikan hambanya. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung budi khususnyakepada guru Pendidikan Islam saya iaitu, Ustaz Jamir bin Mad Saad.. Tidak lupa juga kepadakawan-kawan saya yang sering membantu dalam persiapan kerja khusus ini.
     Sebelum kedatangan Islam, konsep poligami telah lama wujud sejak zaman sebelumkelahiran Rasullah s.w.a lagi. Konsep poligami pada ketika itu adalah terlalu bebas dan senang bagi seorang lelaki untuk memiliki seberapa wanita yang mereka perlukan. Hampir setiap agamadi muka bumi ini mempunyai konsep poligami yang tersendiri. Pada zaman anbia, poligami telahdiamalkan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Daud, Nabi Musa dan seterusnya. Maka dapat dilihat, pengamalan poligami dalam sistem kekeluargaan adalah begitu mulia disisi Allah S.W.T.
          
      Sebenarnya, istilah poligami berasal dari perkataan Latin yang bermaksud banyak isteri. Poligami mengikut Islam bermaksud lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang isteri pada satu masa. Islam telah menetapkan syarat seperti ini agar keadilan dapat diberikan terhadap golongan wanita dengan baik dan secukupnya. WalaupunRasullah s.a.w. mempunyai bilangan isteri lebih daripada empat orang-13 orang isteri namun baginda menyuruh umatnya beristeri tidak lebih daripada empat orang. Hal ini demikian,tindakan Rasulullah s.a.w beristeri 13 orang hanyalah khusus untuk baginda kerana sejarah telahmenyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak berpoligami kecuali setelah tertegaknya negara Islamdan baginda berkahwin dengan Khadijah ra. berkekalan selama 15 tahun. Baginda berpoligamiselepas kewafatan isterinya disebabkan sebab-sebab tertentu yang bakal diterangkan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s