Poligami Mengikut Islam

Dengan kedatangan Islam, poligami diberi batas-batas untuk mengelak berlakunyaketidakkestabilan dalam kehidupan suami isteri. Poligami yang dilakukan oleh manusia tanpa batasan boleh menyebabkan pelbagai kekacauan yang menimbulkan kesulitan dalam keturunansebuah keluarga. Maka, Islam telah mengariskan panduan dan peraturan serta cara untuk melakukan poligami mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
1.Syarat-syarat berpoligami dalam Islam adalah Tidak melebihi empat orang, Boleh berlaku adil dalam aspek lahiriah seperti makanan, pakaian tempat tinggaldan giliran bermalam, Mampu dari segi jasmani dan kewangan.
Dalam ayat al-Quran, berlaku adil dan berpada dengan seorang isteri sahaja jika khuatir tidak  berlaku adil. Firman Allah S.W.T
“Maka jika kamu takut tidak berlaku adil berpadalah dengan seorang isteri sahaja.”
 
Ini menunjukkan Islam sangat mementingkan sikap adil dalam memdirikan rumah tanggadengan beberapa isteri kerana merupakan kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Adil yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Adil dapat diukur dalamdua aspek berikut:
I. Niat yang baik dan amal yang soleh
II.Persamaan yang tepat antara kedua belah pihak
      Setiap isteri perlu diberikan hak yang sama rata dari sudut lahiriah dan menurut pendapat ulamak Salaf, ciuman dan juga kucupan perlu dinikmati secara sama rata oleh isteri-isteri yangdipoligami. Malah, hari berkeluar dengan suami juga perlu saksama. Bagi sudut rohaniah pula,kasih sayang dan persetubuhan merupakan perkara yang sukar dipenuhi oleh seseorang manusia.Dengan ini, keadilan dalam Islam hanya kepada sudut zahirnya sahaja tidak meliputi hal-haldalam sudut batin kerana setiap manusia mempunyai sikap dan kenikmatan yang berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s